4 Oktober 2025 - Wakil ALK telah menghadiri Santai Mesra Angkasa Kelantan bersama Koperasi Bakal Anggota Angkasa bertempat di DSH Event & Hall Tunjong, Kota Bharu, Kelantan
18 September 2025 - Wakil ALK telah mengikuti Kursus Pengurusan Kewangan Koperasi (Wajib 2) anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMA) Zon Timur bertempat di Hotel H Elite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan.
19 Julai 2025 - Mesyuarat ALK Kopadu dan ziarah telah diadakan di kediaman Haji Mohd Razif dan Hajjah Yasmoon yang baru saja pulang ke tanah air selepas menunaikan ibadah Haji di Mekah.
8 Jun 2025 - Program Ibadah Korban dan Akikah telah diadakan dengan di Kg. Sungai Pinang. Sebanyak empat korban lembu telah disembelih untuk ibadah korban dan akikah sempena Hari Raya Aidil Adha 1446H. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian, dan AJK program yang telah mengurus dan mengagihkan daging korban kepada masyarakat setempat. Penghargaan juga kepada semua pihak yang menjadi penganjur bersama iaitu Persatuan Alumni SMKA Naim Lilbanat, Alumni SMKA Falahiah, Ikatan Inspirasi Muslim Nasional, Impak, Minda Segak, Generasi dan Impian.
22 Januari 2025 - Kunjungan hormat Kopadu ke Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Kota Bharu diketuai En. Mohd Sufian bin Md Zakaria, Pengerusi Kopadu. Turut hadir Ahli Lembaga Koperasi dan wakil Jawatankuasa Audit Dalaman koperasi
25 Oktober 2024, Lite SuperBowl JB 7 Mydin Tunjong - Suko ko dopp main bowling? .. napok supo happy blako dehh... hoktu Ngilai hokni ngilai.. hehehe
Jadi, Alhamdulillah berlangsung sudah Kejohanan Bowling Tertutup SkKc 2024, mewakili AjK KkGK, kami mengucapkan jutaan terima kasih kpd GB, pentadbir, rakan2 guru dan staf, yang sanggup datang hari ini, bawa keluarga bawa anak.. terharu sungguh.
Terima kasih buat sponser kita RhB Bank, Koperasi Ikatan Padu Berhad, Footlink Kelantan, Street Bites, yang turut bekerjasama dalam acara ini.
Julung2 kali diadakan acara sebegini, insyaallah akan diteruskan pada masa akan datang. Tahniah buat semua pemenang! Mohon maaf andai ada kekurangan sepanjang penganjuran.
Terima kasih semua!
1 Oktober 2024, Pusat Tarbiyyah Islam Kelantan - Kopadu telah menyertai gerai jualan sempena Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Malaysia.
4 Ogos 2024, Bachok - Hiking Santai Bukit Gunong, Bachok, Kelantan. Anjuran NGO MINDA SEGAK dengan kerjasama Kelab Patriotisme Kelantan. Terima kasih kepada penaja program kali ini iaitu Koperasi Ikatan Padu Berhad (KOPADU), Syarikat Alisra Sdn. Bhd. dan AC Gas Tumpat / Koperasi Umi Kelantan Berhad (KO-UMI).