"Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (raya aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban)
(Hadis riwayat at-tirmizi)
.
Koperasi Ikatan Padu Berhad (Kopadu) akan menganjurkan Program Ibadah Korban & Akikah sempena Hari Raya Aidiladha bagi tahun 2025/1446H.
.
Anda semua dialu-alukan untuk mengambil bahagian korban atau akikah dengan harga RM800 untuk satu bahagian lembu. Bayaran boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus.
.
Program ini akan diadakan pada hari Ahad, 8 Jun 2025 (hari raya aidiladha ke-2), bertempat di Kg. Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan.Â
.
Bagi memudahkan urusan peserta yang mengambil bahagian korban dan akikah, pihak penganjur akan menyerahkan 1/3 bahagian kepada peserta dan menguruskan pengagihan 2/3 bahagian kepada fakir miskin dan penduduk setempat, insya Allah.
.
Sekiranya tuan/puan berniat untuk mengambil bahagian, sila hubungi admin 0136946653 (Musfirah)
.
Info lanjut di www.kopadu.com